Kuala Lumpur: “Saya percaya semua ini ada agenda untuk menjatuhkan saya.” Demikian tegas Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ong Poh Eng yang cukup yakin ada pihak cuba menjatuhkannya dengan mendakwa beliau terbabit dalam penyelewengan duit persatuan. Menafikan segala tuduhan itu, Poh Eng sebaliknya memberi amaran kepada individu berkenaan supaya tidak bermain politik kerana beliau sememangnya ikhlas ingin membantu pihak persatuan selepas dilantik Presiden PABM yang baru, menggantikan Zafarul Akhbar Kassim penghujung 2012. Poh Eng juga dapat menghidu individu yang ingin menjatuhkannya itu menggunakan taktik sama ketika menumbangkan Zafarul sebelum ini. “Saya hanya mahu anda semua tahu, individu di belakang saya tidak bersikap baik. Saya perlukan kerjasama mereka, tapi realitinya sokongan itu tiada. “Apa yang saya nampak, mereka juga menggunakan taktik sama menjatuhkan presiden sebelum ini. “Saya baru dilantik dan banyak yang perlu dilakukan. Kala...