PERMULAAN agak perlahan oleh jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang langsung tidak menggusarkan ketua jurulatih negara, John Beasley terhadap kemungkinan atlet itu untuk layak ke Olimpik. Azizul kini berada dalam kedudukan selesa dan sudah semakin pasti mengesahkan tempat beraksi buat kali kedua di temasya terbesar dunia itu yang akan berlangsung di kota London bermula 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. Berlandaskan keadaan itu mendorong Beasley untuk tidak menghantar pelumba di bawah program ‘Road to London’ untuk menyertai siri Piala Dunia Klasik yang ketika di Beijing dari 13 hingga 15 Januari depan. Katanya, selain Azizul selaku juara bertahan dalam acara keirin pada siri itu dan beberapa pelumba seperti Josiah Ng dan Fatehah Mustapa juga tidak akan dihantar untuk membolehkan mereka memberi tumpuan kepada latihan. “Saya tidak akan menghantar pelumba dalam program Road to London ke Beijing kerana mereka sudah berada dalam pungutan mata yang selesa. Mereka perlu ...