Kuala Lumpur: Ketika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhajat besar memancing Dollah Salleh, pengendali itu hingga kini masih belum membuat kenyataan sama ada mahu menerima tawaran selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan kerana berada dalam dilema untuk melepaskan tugasnya bersama juara Liga Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM). Badan induk bola sepak negara itu menerusi Mesyuarat Exco FAM kelmarin membuat keputusan menawarkan kontrak dua tahun kepada bekas penyerang kebangsaan Dollah bagi membimbing Harimau Malaya namun Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak PDRM Datuk Muhammad Fuad Abu Zarin mendedahkan hingga kini perkara itu belum lagi diputuskan. “Dollah belum buat keputusan kerana berada dalam dilema selepas membantu PDRM memenangi Liga Perdana. Beliau mahu terus bersama pasukan ini khususnya bagi kempen Piala Malaysia serta Liga Super musim depan. “Beliau baru saja ambil pasukan ini dan masih belum puas hati. Kalau boleh Dollah mahu pasukan yang dibentu...