HAJAT Malaysia memanafaatkan kelebihan di tempat sendiri dalam edisi kelima Kejohanan Bowling Komanwel di Sunway Mega Lanes sepanjang minggu lalu berkecai apabila dipintas Singapura dan England untuk pendahulu keseluruhan. Kejayaan menamatkan saingan di tempat ketiga dengan dua pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa boleh dianggap memuaskan dari segi bilangan pingat apatah lagi kesemua wakil negara iaitu Adrian Ang, Zulmazran Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi (gambar) tidak pulang tangan kosong. Begitupun, selepas bermula cemerlang dengan Zulmazran dan Siti Safiyah membawa pulang dua emas dalam acara perseorangan, mereka bagaikan hilang punca untuk mengekalkan momentum dan sebaliknya, pemain Singapura dan England menunjukkan belang sebenar. “Ia satu pencapaian memuaskan biarpun masih banyak ruang untuk diperbaiki,” kata penolong jurulatih, Ben Heng ketika diminta mengulas pencapaian anak buahnya. Meskipun Adrian boleh dian...