KETUA Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong menjelaskan bahawa beliau bukannya meragui kredibiliti Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai isu pembayaran elaun kepada atlet oleh badan olahraga negara itu. Sebaliknya Zolkples berkata, beliau hanya tidak mempercayai ‘orang-orang bawahan’ Shahidan dalam menguruskan wang elaun tersebut sekiranya MSN memberi hak kepada mereka melakukannya. Alasannya ialah semua perancangan yang dibuat oleh KOAM selama ini adalah tidak selari dengan apa yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja (JKK) Bersama MSN KOAM. MSN tidak akan memberi peranan tersebut (pembayaran elaun atlet) kepada KOAM, tidak sesekali,” kata Zolkples ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Telekom Malaysia Berhad, Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia sempena Pelancaran ‘Team Malaysia’ di Kuala Lumpur semalam. “Bukan kerana tidak percaya terhadap kredibiliti presiden me...