ALOR SETAR, 30 April (Bernama) -- Pemain import Kedah Abd Elfatah Safi yang baru pulih dari kecederaan akan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Kelantan pada saingan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Aman, malam Selasa. Jurulatih Kedah Wan Jamak Wan Hassan berkata pada sesi akhir latihan yang diadakan pagi tadi menunjukkan Safi cergas sepenuhnya dan dapat melakukan latihan penuh bersama pemain lain. Beliau berkata kehadiran Safi diharap dapat mencorakkan sesuatu bagi membolehkan Kedah menjaringkan seberapa banyak gol dalam usaha memburu tempat ke peringkat akhir. "Pemain pertahanan, V. Thirumurugan yang mengalami kecederaan sebelum ini juga telah pulih dan mungkin akan diturunkan bagi membantu menguatkan pertahanan Kedah daripada dibolosi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin. Safi sebelum ini tidak diturunkan oleh Wan Jamak menentang Kelantan pada suku ahkir pertama Piala FA di Kelantan 21 April lepas akibat ...