SKUAD negara berdepan tugas sukar pada Piala Asia di Kuantan bulan depan. ANDAI ranking dunia menjadi ukuran, skuad hoki negara mungkin tidak mampu melangkah ke separuh akhir Piala Asia di Kuantan pada 9 hingga 16 Mei depan. Ini kerana, Malaysia yang berada di ranking ke-15 dunia, diundi bersama pasukan Korea Selatan ( ranking ke-5) dan Jepun (11) dalam Kumpulan A manakala pengganti bagi Sri Lanka (41) yang menarik diri kelmarin, masih belum diumumkan. Namun, itu semua tidak merisaukan jurulatih, Tai Beng Hai kerana apa yang lebih penting baginya ialah keazaman dan kesungguhan yang ada pada diri anak buahnya untuk mencatat kejayaan di hadapan peminat sendiri kelak. "Jika berdasarkan ranking dunia, kita pasti berdepan kesukaran untuk mara ke separuh akhir kerana Korea Selatan dan Jepun berada pada kedudukan yang lebih baik daripada kita," kata Beng Hai kepada Kosmo! semalam. "Tapi itu semua tidak merisaukan saya kerana ranking dunia hanyalah reputasi di atas k...