Apabila keadaan memerlukan, Datuk Nicol David (gambar) tahu bagaimana melakukannya. Itulah yang dapat diperkatakan mengenai reputasi pemain nombor satu dunia itu apabila hanya selangkah lagi untuk mara ke final Kejohanan Kejohanan Skuasy Terbuka CIMB Kuala Lumpur 2013 selepas menewaskan pilihan kelapan dari England, Jenny Duncalf. Nicol mengatasi Jenny dalam saingan tiga set dengan keputusan 11-8, 11-7, 11-2 pada saingan suku akhir di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur malam tadi. Kini Nicol bakal berdepan Laura Massaro pada separuh akhir, hari ini selepas pemain England itu menundukkan Madeline Perry dari Ireland, 11-2, 9-11, 11-4, 11-5 dalam perlawanan yang mengambil masa 53 minit. “Pertemuan ini kelihatan mudah serta dirasakan singkat tapi sebenarnya perlawanan tiga set itu sebenarnya agak panjang. “Saya agak kurang mantap set pertama tapi dapat bangkit dan memanfaatkan setiap peluang sepanjang perlawanan tiga set itu. “Saya mendapat suntikan semangat apabila a...