Kuala Lumpur: “Saya tidak gila jawatan, tapi gila untuk memberikan perkhidmatan”. Itu reaksi balas Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad (gambar) berhubung jawatan nombor satu badan induk berbasikal negara yang bakal dikosongkan Datuk Abu Samah Wahab. Naim yang menjadi individu nombor dua kepada Abu Samah untuk tempoh lebih 20 tahun kini dilihat calon paling sesuai meneruskan kesinambungan dalam melonjakkan sukan berbasikal negara yang sudah berada di landasan tepat. “Saya sudah lama berada dalam persatuan, tidak gilakan jawatan namun gila untuk memberikan khidmat terbaik. Tapi segala-galanya terpulang kepada ahli gabungan. Jika saya mahu, tapi mereka sebaliknya, ia tidak akan berlaku juga. Begitu juga sebaliknya. “Paling penting adalah kemajuan sukan berbasikal. Jika menjadi ahli biasa sekalipun, kita masih boleh memberikan sumbangan kerana ia tidak sesekali bergantung kepada jawatan dipegang,” katanya kepada Aren...