KEKUATAN mental perlu diberi penekanan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei jika mahu memenangi pingat emas Sukan Olimpik London tahun depan. Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah, berkata berdasarkan prestasi semasa, Chong Wei dilihat tidak menghadapi masalah besar terutama dari segi kecergasan fizikal. Namun, menurutnya, kekuatan mental dilihat menjadi halangan utamanya meraih kejayaan terutama membabitkan pertemuan dengan jaguh dunia, Lin Dan dari China. “Pada pandangan peribadi saya, Chong Wei bukan saja perlu memberi tumpuan dari segi kecergasan fizikal tetapi mental harus diberi keutamaan jika mahu mencipta kejayaan besar terutama di pentas Sukan Olimpik. “Jika dia (Chong Wei) dapat menanganinya, saya percaya pemain badminton seperti Lin Dan mampu ditewaskan,” katanya semalam. Tengku Kamil Ismail berkata demikian ketika mengulas kegagalan Chong Wei menewaskan Lin Dan pada separuh akhir Terbuka China d...