Ahmad Shabery Cheek beramah mesra dengan pemain-pemain badminton negara pada majlis makan tengah hari di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA KUALA LUMPUR - Sepuluh tahun lalu, ketika Malaysia kalah teruk dalam Kejohanan Piala Thomas di tempat sendiri, Datuk Lee Chong Wei duduk di kelilingi para penonton yang marah. Mereka menghamburkan kata-kata kesat terhadap skuad kebangsaan. Selepas 10 tahun berlalu, kini tiba giliran Chong Wei pula mengambil alih tugas berat yang pernah digalas rakan-rakan senior, malah tanggungjawabnya lebih berat kerana bertindak sebagai perseorangan pertama. Menjadikan memori hitam 10 tahun lalu semakin menebal, Chong Wei bakal beraksi di gelanggang yang sama yang menyaksikan Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan pada Piala Thomas 2000 - Stadium Putra, Bukit Jalil. Pasukan negara, yang diketuai Wong Choong Hann dan beregu Choong Tan Fook-Lee Wan Wah ketika itu kalah 2-3 kepada Denmark dan Korea Selatan dalam saingan Kumpulan A. Chong Wei mengakui...