Rencana ini adalah mengenai Institut Sukan Negara (ISN) sempena sambutan ke-15 tahun ISN di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil Oleh Zulhilmi Supaat KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Institut Sukan Negara (ISN) yang ditubuhkan pada 1992 kini dalam rangka persiapan untuk muncul sebagai sebuah institusi sains sukan yang tersendiri pada akhir tahun ini. Pada masa sekarang, ISN berfungsi sebagai satu entiti di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) dengan aktiviti utamanya berkaitan penyelidikan, rawatan dan konsultasi yang merangkumi semua aspek kesukanan. Menurut Ketua Pengarah ISN Datuk Dr Ramlan Abd Aziz, hasrat institut untuk menjadi entiti tersendiri direalisasikan melalui bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Akta Institut Sukan Negara di Parlimen pada dua minggu lepas dan dijangka diluluskan akhir tahun ini. Bermula sebagai Bahagian Sains Sukan (BSS) di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) pada 1983, ISN beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda atau lebih dikenali sebagai St...