Kuala Lumpur: “Kadang-kala ada pemain terpaksa berbuka puasa di tepi gelanggang saja”. Itu antara cabaran bulan Ramadan perlu diharungi barisan pemain sepak takraw negara yang menjalani latihan bersama tiga kelab Thailand iaitu Chonburi, Kalasin dan Nakhon Pathom. Selain itu menurut sumber, pemain juga menjalani latihan seperti biasa dengan sesetengah kelab mempunyai dua sesi latihan yang berlangsung pada sebelah pagi dan petang. “Kenapa masalah ini berlaku sekarang (menghilangkan diri), kenapa tidak dulu (sejak program bermula pada April),” kata sumber itu. Isu pemain negara menghilangkan diri dari kelab Thailand dan pulang ke tanah air menarik perhatian pelbagai pihak dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sudah menggantung sementara tekong berbakat negara, Zulkifli Abd Razak yang menjadi pemain utama kelab Nakhon Pathom. Zulkifli antara lima pemain yang dikenakan surat tunjuk sebab PSM bagi menjawab tuduhan dan dakwaan terhadap mereka dengan pilihan huku...