bhsukan@bharian.com.my CHU Sian kekal berada sebagai pemanah nombor satu negara dengan berada pada kedudukan ke-19. Gambar kecil Muhamad Marbawi. KEJAYAAN meraih beberapa kejuaraan sepanjang tahun lalu, membolehkan skuad memanah lelaki negara berada pada kedudukan ranking kelima dunia, naik dua tangga daripada sebelum ini. Malaysia kini berada di belakang Korea Selatan, Taiwan, Itali dan India selepas mengumpul 249,000 mata keseluruhan berbanding Korea yang mengumpul 337,000 mata, Taiwan (294,750 mata), Itali (287,000 mata) dan India (254,000 mata). Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Hamid Hassan, berkata mata keseluruhan diperoleh menerusi kejayaan pemanah Olimpik, Cheng Chu Sian, Wan Mohd Kalmizan Wan Abd Aziz, Muhamad Marbawi Sulaiman dan Nazrin Aizad Mat Nasir meletakkan diri masing-masing dalam kelompok 120 pemanah terbaik dunia. Berdasar kepada ranking dunia yang dikeluarkan Persekutuan Mema...