MUHYIDDIN melihat Trofi Piala Dunia FIFA sambil diperhatikan Pengurus Besar Malaysia, Singapura dan Brunei Coca-Cola Company, Antonio Del Rosario pada pelancaran pameran trofi itu di KLCC, semalam. TROFI Piala Dunia - simbol keagungan bola sepak global - dilancarkan untuk tatapan umum oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam selepas ia tiba di tanah air, kelmarin. Trofi itu akan dipamerkan kepada orang awam di Pusat Konvensyen Mid Valley di Kuala Lumpur, mulai hari ini. Piala emas berkenaan yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menerusi penerbangan khas dari Jakarta adalah trofi asli setinggi 36.8 sentimeter dan berat 6.175 kilogram yang diperbuat daripada emas tulen 18 karat.