Diumumkan pada tarikh akhir pendaftaran KURANG dua bulan sebelum aksi Piala Thomas bermula, pencarian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk barisan pemain yang akan menggalas harapan negara berterusan dengan Kejohanan Asia (ABC), 12 April ini di New Delhi, menjadi medan pemilihan terakhir. Dengan Lee Chong Wei sudah pasti menjadi perseorangan pertama manakala Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula beregu utama, pencarian untuk tiga slot perseorangan dan dua beregu akan ditentukan sebaik selepas kejohanan di New Delhi itu. Hafiz Hashim, Kuan Beng Hong, Tan Chun Seang, Chong Wei Feng, Chan Kwong Beng dan Lok Chong Chieh diberi peluang terakhir untuk meyakinkan barisan jurulatih bahawa mereka layak untuk disenaraikan dalam skuad Piala Thomas.