PUTRAJAYA - 'Kita ada kelebihan dan saya yakin kita mampu mencapai sasaran memenangi Piala Thomas'. Itu ulasan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim mengenai kecelaruan sasaran Piala Thomas yang ditetapkan antara Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Menurut Razali, skuad kebangsaan memiliki kelebihan dari segi pemain dan venue sendiri untuk mencapai sasaran merampas kembali Piala Thomas. ''Saya percaya kita mampu memenangi Piala Thomas seperti yang disasarkan oleh Menteri Belia dan Sukan. ''Ia sasaran yang berasas. Kita ada barisan pemain yang terbaik. Adakah anda tidak percaya kemampuan Chong Wei? ''Kita akan beraksi di tempat sendiri, di depan penyokong sendiri. ''Bagi saya para pemain akan beraksi dengan semangat yang cukup tinggi kerana mereka sedar inilah peluang terbaik untuk kita memenangi semula trofi keagungan sukan badminton dunia. ''Jika tidak...